EJEN HARTANAH BERDAFTAR
Perunding Hartanah Berdaftar Perak (REN 41620)

EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Adakah anda sedang mencari khidmat PROFESIONAL EJEN HARTANAH YANG BERDAFTAR⁉️

Anda ada hartanah untuk dijual? Anda ingin membeli hartanah? Mencari EJEN HARTANAH BERDAFTAR & PROFESIONAL untuk bantu uruskan?

Anda menghadapi MASALAH seperti berikut?

  • Terlalu sibuk atau tidak ada masa untuk uruskan jual beli hartanah.
  • Tidak tahu atau mahir dalam proses jual beli hartanah.
  • Tidak pasti info tepat mengenai hartanah yang ingin dijual untuk tujuan pengiklanan yang telus.
  • Takut ada kes seperti penipuan, pecah amanah, rompakan dan lain-lain perkara yang tidak diingini sepanjang proses jual beli.
  • Tak pasti nilai pasaran (market value) hartanah yang ingin dijual.
  • Dah cuba jual sendiri tapi masih tidak terjual setelah sekian lama.
  • Tidak tahu berapa kelayakan pinjaman.
  • Dah runsing terlalu banyak pembeli dengan pelbagai karenah tetapi tidak ada yang serius.
  • Dah banyak pembeli yang serius, tetapi pinjaman tak lepas-lepas.
Ejen Hartanah Berdaftar - NAK JUAL ATAU BELI HARTANAH, TAPI ANDA ADA MASALAH BERIKUT? Tidak mahir proses jual beli hartanah. Takut ditipu dalam proses jual beli hartanah. Terlalu sibuk untuk uruskan jual beli hartanah. Tidak pasti berapa harga jualan yang sepatutnya. Penat melayan pembeli dengan pelbagai karenah tetapi tidak serius. Banyak pembeli dah cuba mohon pinjaman, tapi semuanya tak lepas. Runsing terlalu banyak dihubungi oleh pembeli dengan bermacam soalan. Tidak tahu info tepat mengenai hartanah anda untuk tujuan pengiklanan. Tidak tahu berapa kelayakan pinjaman?

Jangan risau & jangan khuatir! Kami boleh bantu anda!

Biar kami bantu anda! Kami Ejen Hartanah Berdaftar bersedia membantu secara telus dengan menawarkan khidmat nasihat dan servis profesional demi memudahkan anda dalam urusan jual beli sebarang bentuk hartanah seperti rumah, kedai, kilang, stesen minyak, tanah pembangunan, tanah pertanian dan sebagainya.

KEPENTINGAN MELANTIK DAN BERURUSAN DENGAN EJEN HARTANAH BERDAFTAR

EJEN HARTANAH BERDAFTAR
  • Jimat masa dan tenaga kerana segala urusan diserahkan sepenuhnya pada Ejen Hartanah Berdaftar.
  • Mendapat khidmat nasihat, rundingan dan servis profesional.
  • Ejen Hartanah Berdaftar adalah tertakhluk dibawah garis panduan dari Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH).
  • Segala transaksi lebih telus, dipercayai, cekap, selamat dan terjamin.
  • Mengurangkan risiko penipuan, pecah amanah, dan lain-lain kerana Ejen Hartanah Berdaftar sentiasa dipantau oleh pihak (LPPEH).

SIAPAKAH SAYA SEBAGAI EJEN HARTANAH BERDAFTAR

EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Nama saya RUSYDAN BIN MOHAMAD KHIR, seorang Perunding Hartanah Berdaftar (Real Estate Negotiator) yang bernaung dibawah agensi Legacy Real Property Sdn Bhd (E(1) 1925). Nombor pendaftaran ialah REN 41620.

Berpengalaman sejak awal tahun 2020 dengan berjaya membantu banyak penjual dan pembeli sekitar 100 transaksi dalam penjualan pelbagai jenis hartanah seperti lot rumah, rumah banglo, rumah teres setingkat, rumah teres dua tingkat, apartment, kondominium, rumah kos rendah, serta pelbagai lagi.

Saya bergiat aktif secara SEPENUH MASA bagi memastikan dapat memberi komitmen penuh untuk membantu klien (penjual mahupun pembeli) agar setiap urusan dapat dilakukan dengan telus, lancar dan cepat.

Saya bersedia membantu anda dimana pun hartanah anda disekitar negeri Perak termasuk seluruh kawasan daerah Kinta, Ipoh dan sekitarnya, Batu Gajah, Seri Iskandar, Lumut, Manjung, Setiawan, Taiping, Kuala Kangsar, Bagan Serai, Parit Buntar, Tapah, Bidor, Gopeng, Slim River, Sungkai, Behrang, Tanjung Malim dan lain-lain kawasan.

Saya tidak berseorangan. Kami bekerja didalam kumpulan!

Inilah rahsia kejayaan kami Ejen Hartanah Berdaftar membantu jual hartanah anda dengan mudah dan cepat! Kami bekerja dalam kumpulan yang mana agensi kami (cawangan Perak) mempunyai Ejen Hartanah Berdaftar yang aktif seramai lebih dari 20 orang!! Semuanya sedia bekerja untuk membantu anda…!!!

EJEN HARTANAH BERDAFTAR

TEKNIK DAN STRATEGI KAMI BAGI MEMASTIKAN RUMAH ANDA BERJAYA DIJUAL

Kami sentiasa komited dan berusaha bagi memastikan permintaan klien dapat dipenuhi dan hartanah anda dapat dijual dengan segera! Apa yang kami lakukan?

EJEN HARTANAH BERDAFTAR

MEDIUM IKLAN YANG PELBAGAI

Bagi memastikan hartanah anda disampaikan kepada lebih ramai klien pembeli yang berpotensi, kami berusaha untuk mengiklankan hartanah tersebut dipelbagai medium pengiklanan yang sesuai termasuk iklan yang BERBAYAR seperti Mudah.my, Property Guru, FB Ads, dan pelbagai medium lagi. Segala kos tersebut kami tanggung untuk anda tanpa perlu membayar apa-apa sehingga rumah anda terjual!

KAJIAN PASARAN

Kami bantu klien dengan membuat kajian pasaran hartanah yang dijual bagi memastikan klien mendapat nasihat dan servis yang profesional agar hartnah tersebut dapat berdaya saing dipasaran. Ini akan membantu kelancaran proses mencari pembeli berpotensi dan mempercepatkan transaksi jualan berlaku. Penjual mendapat untung yang optimum, pembeli pula membeli pada harga yang berbaloi (win-win situation).

EJEN HARTANAH BERDAFTAR
EJEN HARTANAH BERDAFTAR

DATABASE YANG BERKUALITI

Database sangat penting bagi memastikan sesuatu unit hartanah dapat segera mendapatkan pembeli berpotensi. Boleh jadi sesuatu hartanah tidak perlu iklan jika jualan berlaku dari pembeli sedia ada dari simpanan databe yang berkualiti. Jadi kami sentiasa kemaskini database pembeli dan penjual bagi mempercepatkan jualan unit hartanah anda.

BEKERJA DIDALAM PASUKAN

Inilah antara rahsia kejayaan kami Ejen Hartanah Berdaftar. Kerja dalam pasukan memberi kami hasil yang berganda berbanding bekerja bersendirian. Kami mempunyai pasukan yang aktif dan komited membantu klien kami. Dicawangan Perak, ada seramai lebih kurang 20 orang yang bersedia membantu anda!

EJEN HARTANAH BERDAFTAR
EJEN HARTANAH BERDAFTAR

MEMBINA HUBUNGAN BAIK

Selain membina hubungan baik dengan klien pembeli dan penjual, kami juga membina hubungan baik bersama pihak peguam, bank serta jurunilai bagi memastikan kelancaran proses transaksi yang lancar dan baik.

ANDA MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT DENGAN MELANTIK KAMI SEBAGAI EJEN HARTANAH BERDAFTAR!!

Terima kasih semua atas sokongan anda!! Saya amat menghargainya dan akan terus berusaha keras untuk membantu semua klien saya, insya-Allah.

EJEN HARTANAH BERDAFTAR
EJEN HARTANAH BERDAFTAR

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK KHIDMAT PROFESIONAL PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR!

Klik butang dibawah untuk hubungi kami mengikut mana-mana medium yang anda selesa. 

Klik disini untuk senarai hartanah untuk dijual.